Kau bercerita
Sungguh seronok bukan
Dari satu topik ke topik yang lain
Dan secara tidak sedar
Ada orang lain yang memasang telinga
atau kau sendiri yang bercerita
Samada kau sengaja atau tidak
Itu hanya kau sahaja yang tahu
Salah aku ke kalau aku mahukan penjelasan
Salah aku ker kalau mahukan kepastian
Kau terus membisu.. kelu tanpa bicara
Tanpa penjelasan kau dan aku buat andaian sendiri
Aku tunding jari kepada kau
Yea aku masih perlukan kepastian
aku mahukan jawapan bukan tanda tanya
Bukan niat untuk berdendam
Bahkan aku malas untuk menagih simpati
aku malas untuk mengih jawapan
aku penat dan bosan dengan permainan ini
Tapi Satu janji ku
Selagi kepastiaan tak dapat di jelaskan
Selagi itu aku akan terus tunding jari kepada kau
Yea memang aku kejam
Memang aku sukar tuk melupakan
Tapi bukan kau yang dihina
Bukan kau yang dicaci dan digelar bermacam- macam
Bukan keluarga kau yang dikaitkan dalam hal itu
Tapi aku yang tanggung.
Penghinaan yang aku dapat
Sedangkan aku tiada kne mengena dalam hal itu
terima kasih
aku ucapkan terima kasih
kepada mereka yang membuat cerita
moga kalian hidup bahagia
dunia dan akhirat
No comments:
Post a Comment