Sunday, July 31, 2011

words

mereka berkata lidah umpama pedang
yang tajam.. kerna mampu menghiriskan
hati seseorang
meraka juga berkata
lidah merupakan ubat kepada penyakit
ia mampu menyembuhkan luka di hati
lidah juga merupakan racun yang mampu mematikan hati

kerana lidah kita mampu tersenyum
kerana lidah juga kita mampu menangis
lidah merupakan benda yang paling berkuasa
mampu mempengaruhi minda masyarakat

andai lidah mampu membuatkan seseorang itu
bahagia dan juga lidah juga mampu membuatkan seseorang itu merana
jaga pertuturan
jaga perkataan
andai ianya menyakiti hati orang
maka simpanlah ia didalam hati
andai kita terpaksa menipu untuk membuatkan
orang lain bahagia maka tuturkan lah kata2 yang mampu
menenangkan jiwa...

kerana lidah terjalin perhubungan yang telah lama terputus
dan kerana lidah juga maka terputus hubungan yang telah lama terjalin
jangan biakan lidah menambahkan musuh
tapi latih ar lidah untuk menambahkan sahabat
kata2 yang baik mampu membentuk peribadi yang mulia
kata2 yang nista mampu memberikan gambaran yang buruk
kepada pewatakkan kita

hargai anugerah yang diberi kejalan yang diredhai
jangan digunakan untuk jalan yang di mungkari..
lidah mampu membuatkan dakwah itu berkesan
dan kerana lidah juga mampu menyesatkan permikiran 
dan juga ketetapan iman dalam diri
jika iman senipis kulit bawang tidak mampu di pertahankan
maka kerana lidah yang berbisa
kita mampu berpaling pada jalan yang benar...

No comments:

Post a Comment