Saturday, February 19, 2011

5sen

5 sen merupakan simbolik pegenalan aku n dier
kisah aku n dia bukan seperti kisah yang sentiasa bahagia..
pengenalan kami cukup singkat.. tapi dalam tempoh yang singkat itu
macam- macam perkara aku belajar mengenai dia dan tentang kehidupan
dia cukup sabar n tabah melayani perangai aku dan setiap kehendak dan permintaan ku di tunaikan..

kisah kami bermula dari seorang kawan yang sering berselisih pendapat
masing-masing tak pernah cuba untuk mengalah malah
sering mempertahankan pendapat masing- masing....
tanggal 20 febuari 2010 merupakan pertemuan pertama
di depan starbuck sunway pyramid dia tggu aku dengan berpakaian kemeja merah
ketika itu die baru sahaja menamatkan latihan atau kursus untuk kerja die...
pertemuan pertama cukup sempurna..
tiada rase kekok mahupun segan silu..
akhir pertemuan itu 5 sen menjadi simbolik kerana
3 keping 5 sen diletakkan di salah satu pasu bunga di sunway pyramid
tempat terakhir kami duduk melepak pada hari itu...

kami menjadi semakin rapat..,
setiap permintaan aku ditunaikan tanpa ragu2..
dahulunya sering bergaduh kini kami lebih rapat dan mesra...
bila aku rase ingin menangis aku luahkan pada dia
bila aku rasa down aku luahkan jua pada dia
tak kira waktu itu pagi.. tengah hari.. malam... atau tengah malam
dia tanpa rungutan sedia melayan aku....

perhubungan kami tidak sentiasanya bahagia..
sering kali di landa musibah atau tiupan angin monsun
di saat musibah itu datang..
aku rapuh dan tidak mampu mempertahankan perhubungan itu
namun die cukup kuat dan cukup tabah menghadapi saat2 itu
die memberikan aku jaminan
bahawa aku tidak akan pernah menyesal bila saat dengan dia
aku akur..sebab aku dalam diam merasakan dia sebahagian dari aku...
namum bahagia tidak berpanjangan
aku dan die mula terpisah lagi,,,,
aku yang bersalah kerna tidak mempercayainya...

disaat aku sakit... dia hadir setiap hari
membawa aku makanan... menjaga aku setiap hari
membawa aku ke klinik  dan menyediakan segala keperluaan ku
bagi dia.. kebahagian ku adalah yg diutamakan...
tanpa mengira penat atau lelah dia rela berulang alik
dari klang ke shah alam setaip malam dan juga setiap pagi
kerna untuk menjaga aku dan membawa kau ke kelas...

jika aku rase kebosanan dia membawa aku berjalan- jalan
die membawa aku ke tempat yang mana sahaja aku mahu..
kalo aku ingin membeli belah.. die dengan rela hati membawa aku..
bila aku pulang dari site dia juga menjemput ku...
die terlalu menjaga aku......menjaga segala keperluan ku...
di saat aku mula hilang arah.. dia memberikan aku kata- kata semangat
di saat aku menangis dia datang meyapu air mata ku..
di saat aku kecewa dia membawa aku untuk bergembira,,,

aku sudah berjumpa dengan family dia
dan dia juga hanya berjumpe sebahagian dari family aku..
aku tidak berpeluang berjumpa dengan ayahnya.. dan dia pula
tidak berpeluang untuk berjumpa dengan ibu ku....
dia juga pernah menyatakan hasratnya untuk melamar aku
selepas raya tahun2011 .. tapi itu hanya tinggal kenangan...
terima kasih atas kenangan yang terindah yang pernah awak berikan kepada saya...

kini aku dan dier terpisah lagi..
dan 5sen menjadi simbolik perpisahan kami..
hadiah terakhir dari die adalah 2 keping 5 sen yang dilekatkan
dan di jadikan sebagai simbolik di mana permulaan perasaan itu mula timbul
kini dia dengan hidup dia dan aku truskan hidup tanpa dia
di saat aku rindukan dia..
aku akan merenung ke arah bulan..
mengapa bulan??? kerna terdapat satu kisah tentang aku dia dan bulan...

perpisahan aku dan dia adalah kerna diriku sendiri
kerna hati ku tidak mampu melupakan insan lain
dia redha dan mula melepaskan aku..
kata terakhir dia adalah supaya aku jaga diri sebaik-baiknya
dan maaf kerna dia tidak mampu untuk membahagiakan aku...

pesanan untuk dia....
awak...
awak dah cukup terbaik untuk saya dan orang lain
tapi maafkan saya kerna tidak mampu melupakan si dia...
saya bukan tak cuba.. tapi di saat dia hadir.. saya tak mampu menafikan dia
saya bukan tak sayangkan awak.. tapi hati saya belum cukup untuk mencintai awak...
maafkan saya sebab sering kali memberi alasan n menipu awak...
saya doakan awak bahagia...
maaf awak... dalam tawa saya masih tersimpan sedu bila teringatkan awak..

6 comments:

  1. ermm ni pon 70% rekaan jugak ke pe ni.....huhu

    ReplyDelete
  2. perghhh!!! ble kak eza bmadah... menitik air mata bc... huhu

    ReplyDelete
  3. azim: nie kisah benar lor......
    syamirah: ahaks macam maner jumper blog ini hahahha

    ReplyDelete
  4. owh...sori2.....ermm....try bc ni..."Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu didalam kedukaan, Allah mengira setiap air matamu...Bila awk memikirkan betapa awk telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu kemana arah tujumu, Allah ada penyelesaiannya..Andai tiba-tiba pandanganmu semakin terang dan awk menemui sinar harapan, itulah bisikan Allah padamu"......smue ni myb de hikmah kot.....sabar~...;)

    ReplyDelete
  5. gledah blog sufi... hahaha
    2 yg jmpe 2... weee~

    ReplyDelete